Sistem pembelajaran terunggul dapat dilahirkan melalui pelbagai aspek yang dikaji dengan teliti agar matlamat yang diigini tercapai dan antaranya ialah pengurusan murid. Pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan pengarahan. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Ini kerana, pengurusan murid di sekolah adalah cermin prestasi sekolah itu sendiri.
Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan murid. Seterusnya, pengurusan murid juga meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan dapat ke menara gading. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.
DEFINISI PENGURUSAN MURID
Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian,pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
1. Pengurusan Rekod Murid
Tujuan mengurus rekod murid adalah untuk memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah. Profil murid juga dikemaskinikan agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa kehidupan murid tersebut, contohnya seorang murid yang bertukar rumah dan pihak sekolah tidak mengetahuinya, ini akan menyulitkan pengurusan pihak sekolah jika ingin menghantar surat atau mengunjungi ke rumah pelajar tersebut atas urusan kebajikan. Rekod murid juga bertujuan untuk mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar selain bagi menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Paling utama ialah rekod murid sebagai panduan kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri, di mana ibu bapa dapat mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka manakala murid pula dapat mengatahui potensi masing-masing. Antara jenis-jenis rekod murid ialah rekod pendaftaran, rekod kutipan yuran, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, buku kemajuan murid .
Kehadiran pelajar direkodkan di dalam buku daftar kehadiran. Catatan boleh dilakukan sama ada sekali sehari, pagi dan petang ataupun pada setiap pelajaran. Tunggu seketika sebelum merekodkan kehadiran pelajar supaya pembetulan dapat dilakukan apabila ada pelajar yang datang lewat. Kadangkala rekod kehadiran pelajar diambil kira bagi penganugerahan sijil kelayakan. Jadi, rekod kehadiran juga merupakan salah satu rekod yang penting untuk dilakukan secara tepat dan betul.
Manakala dalam buku Rekod Mengajar guru haruslah mempunyai perkara-perkara seperti Salinan Jadual Waktu Persendirian, termasuk analisis mata pelajarannya. Selain itu, terdapat juga Salinan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajarannya yang diajarnya. Salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan, termasuk ujian bulanan bagi tiap-tiap kelas yang diajarnya turut dimuatkan selain perancangan pengajaran mengikut tahunan, mingguan dan harian. Buku Rekod Mengajar mesti diisi mengikut perancangan pengajaran harian sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Kesediaan Murid Belajar
Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam
individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Jenis kesediaan
pelajar terbahagi kepada 3 iaitu afektif, kognitif dan psikomotor :
1. Kognitif - merujuk kepada peringkat perkembangan
mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta
dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Contohnya, ketika kita
membaca bahan dalam bab ini dan cuba memahaminya, kita sedang menekankan aspek
kognitif.
2. Afektif - merujuk kepada sikap, keinginan, minat dan
ketekunan seseorang individu untuk menerima pelajaran yang disampaikan oleh
guru mereka. Apabila pelajar mempunyai kesediaan afektif yang positif, secara
tidak langsung mereka akan menjadi aktif dan mudah untuk menerima pembelajaran.
3. Psikomotor - merujuk kepada kesediaan
fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan
sebagai penggerak utama. Sebagai contoh, sumber pengajaran dan pembelajaran
yang bergerak hendaklah mengandungi gambar yang besar dan menarik serta
huruf-huruf besar saiznya. Hal ini demikian kerana akan memudahkan penglihatan
murid.
Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk
melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan
afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Strategi kesediaan
belajar seperti gunakan set induksi yang menarik, rancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada, Peringkatkan
isi pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid (mudah ke kompleks),
gunakan pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak lagi.
3. Memotivasikan Murid
Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.
Para guru boleh meningkatkan motivasi
kepada pelajar melalui menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
yang mampu memberangsang pelajar untuk menjadi lebih baik. Sebagai contoh
persekitaran yang baik ialah menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif
untuk pelajarnya, menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu
dicapai dan memastikan penglibatan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di
dalam atau di luar kelas.
BERIKUT MERUPAKAN RINGKASAN PETA MINDA BAGI TOPIK PENGURUSAN MURID :
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, dalam sesebuah organisasi
memerlukan pengurusan murid yang baik seperti rekod murid yang tersusun dan
lengkap, mengetahui tahap kesediaan murid dan akhir sekali motivasi.
Ketiga-tiga pengurusan murid ini mempunyai kepentingan tersendiri sebagai
contoh motivasi yang merupakan satu sesi atau proses yang amat diperlukan dalam
mendidik pelajar. Tanpa motivasi sudah tentu pelajar sukar dikawal, contohnya
pelajar yang kurang pandai akan berasa semakin tidak bersemangat kerana
tiadanya semangat serta dorongan dari para tenaga pengajar.
BAHAN BACAAN TAMBAHAN :https://www.bharian.com.my/node/242985
RUJUKAN :
LAMPIRAN
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. NURSAKINAH BT KHALIN ( D20191089269 )
2. NAJAH BT ABDUL RAHIM ( D20191089231 )
3. ROSAMIRAH BT MOHD ZIN ( D20191089205 )
4. MURFIQAH BT ABNI HAJAR ( D20191089254 )
5. SITI NUR RAIHANA BT MOHD AHRUMAN ( D20191089227 )
6. SITI NUR HUMAIRAH BT KAMARUL ARIFFIN ( D20191089267 )









ilmu yang bermanfaat. Terima kasih
BalasPadamSaya bersetuju dengan anda bahawa guru perlu untuk mennggunakan pelbagai cara bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam pdp. Hal ini demikian kerana pelajar yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberikan sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, motivasi juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada.
BalasPadamSaya juga bersetuju dengan admin. Hal ini kerana pengurusan pembelajaran yang baik dapat membentuk para pelajar yang baik. Pengurusan murid yang baik amat penting kerana dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam semua aspekserta dapat menyumbang tenaga dan kepakaran kepada pembangunan negara pada masa kelak. Tambahan pula, pengurusan murid yang berkualiti juga bergantung kepada tenaga pengajar. Hal ini bermakna tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam membentuk dan menjamin pengurusan murid yang baik. Jelaslah, pengurusan murid yang berkualiti bergantung kepada pengurusan guru yang menjadi pembimbing kepada para pelajar. -(Nur Zainah Hasba)
BalasPadam